Thursday 16 October 2014

Melur Nur Aisyah

Assalammualaikum,

Saya dengan rasa penuh kesyukuran pada Allah SWT ingin memaklumkan bahawa pada 20 haribulan September 2014 jam 7.26 petang isteri saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan di Hospital Slim River.

Kelahiran bayi perempuan ini adalah satu penantian bagi kami sekeluarga kerana Melur adalah cucu perempuan pertama bagi kedua dua belah pihak saya mahupun sebelah isteri saya. Melur adalah anak ketiga kami. Dua kelahiran sebelum ini adalah anak lelaki dan kami memang berharap supaya dikurniakan anak perempuan, maka Allah memakbulkan doa dan harapan kami.
















Daddy doakan Melur semoga berjaya di dunia dan di akhirat.















Abang Long Qhaliff dan Abang Ngah Qhaer memang tak sabar nak jumpa Melur buat kali pertama.















Atok pun datang dengan nenek Mila, Nyanyah dan Chu Nani dari Nilai


Sunday 28 April 2013

Shooting Hari Raya Punye Food.. Majalah RASA keluaran Hari Raya




Antara Yang menjayakan nya. 





Salam Sejahtera,

Pada 23 April 2013, pihak majalah RASA telah datang untuk pengisian majalah mereka bagi bgi keluaran HARI RAYA. Maka den mintak tolong kek Nazmi buekkan sumo eh.. ado la tigo orang student yang datang nolong...

Jurufoto tongah amek gambar ..
yang amik gambar tu senior Fotographer tu
den harapkan bilo kaur gambar ni sok.. bos bos den nanti pokonan lah nak buek dapor latihan .

 Ini juga satu peluang untuk bebudak ni menonjol dalam kolej.
Yang ni tongah buek makanan tu nampak masak

Yang ni hidangan nye lah






Terima kasih pada Chef Nazmi.. The engineer



Den tolong lotak daun jo






Thursday 25 April 2013

Intergriti Pendidikan di Sektor Pendidikan Tinggi Swasta

Salam semua,

Rasanya ramai tenaga pengajar di luar sana yang mengajar di IPTS mempunyai banyak keluhan mengenai topik ini.

Mereka yang di dalam IPTA pun ada pandangan masing masing samada positif atau negatif.

Yang paling den tak tahan ialah bila tenaga pengajar ini seolah olah tiada kuasa menentukan tahap kefahaman para pelajar terhadap kursus kursus di bawah seliaan mereka.

Dari sudut pandangan orang meniaga, semua pelajar ini harus lulus demi mencapai kutipan maksimum dari pihak penaja pelajar tersebut. Sekiranya tidak bayaran untuk pelajar tersebut tidak akan dibayar oleh penaja. Katakan dalam setiap tahun bayaran dari penaja utama pelajar iaitu PTPTN adalah sebanyak 2 kali. Oleh kerana jumlah pelajar yang diberhentikan bayaran kerana kegagalan dalam peperiksaan itu agak tinggi maka IPTS ini termiss lah soru diorang.

Dalam keterujaan membangunkan program program baru, ada yang begitu komited dalam melabur demi mencapai tahap tertinggi dalam kehendak sesuatu program dan ada yang sekadar cukup cantik pada kertas kerja.

Den pernah juga bertanya pada mereka yang ada pengalaman menjadi penilai , hasilnya mereka memberitahu bahawa walaupun mereka sudah tidak memberikan respon yang baik untuk IPTS tersebut namun ianya dilepaskan juga.

Yang menjadi mangsa bukan setakat para pelajar, tetapi tenaga pengajar demi mempertahankan tempat cari rezeki mereka.

Sekian.

Monday 22 April 2013

Salam Semuo eh..

Baru baru ni Parlimen Mesia dah bubar.. mako ramai lah yang beria ria menyatakan pendirian memasing kek parti yang akan dipilih pada 5hb Mei nanti. Den raso bilo nak ngundi tu pilih lah yang terbaik dalam pilihan yang ado. Den nanti balik nak ngundi kek peti undi Jijan - Dun N20 Labu Parlimen Rasah.. Di samping itu juga, den nak ngucapkan selamat pegi dan pulang pada adik adik den yang nak poie umrah pada 2 Mei nanti.. lawat lah kubur mama untuk abang.. nanti den cukup duit den poie lah yo.. Jago tingkah laku, hati dan mulut maso kek sano. Doakan lah kesejahteraan kami kek sini yo..

Sekian..

Asslammualaikum

Saturday 8 December 2012

Sajian Ramadhan Raya bersama Tesco

Salam semua...

Walaupun agak lewat untuk den letak video ni tapi rasanya bila dah ada blog sendiri apalah salahnya kalau diletakkan video ni.

Projek ini merupakan kerjasama den dengan TESCO Malaysia untuk mempromosikan produk Tesco Choice dalam bentuk masakan yang boleh digunakan dalam juadah berbuka puasa. 

Sebagai orang yang tidak pernah mempunyai pengalaman dalam produksi, den pada mulanya agak gugup memulakan bicara sewaktu peringkat awal sesi rakaman. Dengan pertolongan dari pihak produksi den bulehlah cakap sesikit..

Terima Kasih den ucapkan pada student den yang membantu iaitu zulkifli zahari..tanpa pertolongan beliau den raso tak lawa produk den.

Nikmati nya bersama.. 

Sekian terima kasih,

Salam sayang.

Zuwairi





Tempat jatuh lagi dikenang

Salam semua,

Memang den agak malas untuk menulis cerita atau berblog, tapi pagi ni den rasa nak tulis juga. Akhirnya den berenti juga dari FIM (Food Institute of Malaysia) jodoh dah tak panjang. Pada 28 haribulan September maka tamat lah perkhidmatan den kat situ. Sebab 1 hb 10 2012 den akan mula kerja di City University College PJ. Sesuatu cabaran baru dalam hidup den sebagai ahli akedemik.. Bukan sesaja berenti..tetepi demi kebaikan anak anak den terpaksa tinggalkan fim.. banyak den kecapi kek sini.. humm .. hidup mesti diteruskan, tak nak mementingkan diri tapi demi anak anak den, den akan buat.. 

Salam dan sekian

Zuwairi

Sunday 19 February 2012

Pertandingan Masak Masak Paling Hebat Peringkat Dunia

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Bukan nak hantar laporan tapi nak kata la hahah.... Selesai sudah pertandingan aritu kat MSU, yang menang pun seperti yang aku jangka kan.. perlu lebih berusaha sehingga tahap terhebat.. anak murid dah cuba sedaya upaya.. tapi yang penting lepas umum result aku blah terus sebab aku tak puas ati..

Tuesday 24 January 2012

Pada 15 haribulan Januari 2012, maka genaplah aku bekerja di sini.. Perghh 5 tahun tu.. Banyak tempat jugaklah aku dah kerja tapi sini jugak rezeki aku selama lima tahun. Dari tahun 2002 aku mula bekerja hingga sekarang wah dekat 10 tahun.
Mula mula aku kerja sebagai pengurus kerja pelatih di salah sebuah rangkaian makanan segera kat shah alam, kat sini aku kerja dalam setahun sebulan, dari september 2002 hingga oktober 2003. Banyak jugak la aku belajar kat sini dalam membentuk aku menjadi orang. Tekanan kerjanya boleh dikatakan tinggi ditambah pula pada bulan november 2002 mama aku meninggal dunia.. perghh tak sempat la maka kau rasa duit aku kerja.. aku cuma sempat tunjukkan mama cek gaji aku(ada problem sikit pasal akaun gaji tak aktif) sebelum mama pergi umrah.. tak sempat balik umrah mama meninggal dunia kat sana. Dari kejadian itu aku minta kat Perunding Operasi aku untuk berpindah ke Nilai agar aku dapat berada dekat dengan papa aku, dekat setahun  tak dapat dapat jugak. Cuma yang aku faham mengenai diri aku sewaktu di sana, aku dapati aku ni amat berpotensi tapi tidak konsisten. Ini yang aku cuba hadapi hingga kini. Tapi ntah cam mana aku boleh jadi tenaga pengajar lak sekarang ni...? takpe nanti cerita..

Salam sayang semua,

24 Januari 2012

Zuwairi