Salam semua,
Rasanya ramai tenaga pengajar di luar sana yang mengajar di IPTS mempunyai banyak keluhan mengenai topik ini.
Mereka yang di dalam IPTA pun ada pandangan masing masing samada positif atau negatif.
Yang paling den tak tahan ialah bila tenaga pengajar ini seolah olah tiada kuasa menentukan tahap kefahaman para pelajar terhadap kursus kursus di bawah seliaan mereka.
Dari sudut pandangan orang meniaga, semua pelajar ini harus lulus demi mencapai kutipan maksimum dari pihak penaja pelajar tersebut. Sekiranya tidak bayaran untuk pelajar tersebut tidak akan dibayar oleh penaja. Katakan dalam setiap tahun bayaran dari penaja utama pelajar iaitu PTPTN adalah sebanyak 2 kali. Oleh kerana jumlah pelajar yang diberhentikan bayaran kerana kegagalan dalam peperiksaan itu agak tinggi maka IPTS ini termiss lah soru diorang.
Dalam keterujaan membangunkan program program baru, ada yang begitu komited dalam melabur demi mencapai tahap tertinggi dalam kehendak sesuatu program dan ada yang sekadar cukup cantik pada kertas kerja.
Den pernah juga bertanya pada mereka yang ada pengalaman menjadi penilai , hasilnya mereka memberitahu bahawa walaupun mereka sudah tidak memberikan respon yang baik untuk IPTS tersebut namun ianya dilepaskan juga.
Yang menjadi mangsa bukan setakat para pelajar, tetapi tenaga pengajar demi mempertahankan tempat cari rezeki mereka.
Sekian.

No comments:
Post a Comment